5 Cara Mulakan Bisnes Online Dari Rumah.. Guna HENFON Jer Pun Boleh Start!



Boleh ke nak start intro dengan teka teki? 

Siapa kat sini yang takde smartphone lagi?

Even budak sekolah pun saya nampak dah ramai yang ada henfon sendiri.. Apatah lagi untuk kita yang dah berada di atas usia 20 tahun..

Jenama henfon kita mungkin sama jer.. mungkin yang ni canggih sikit, kurang sikit atau lebih sikit.. Semua sama jer sebenarnya..

Yang membezakan kita semua adalah CARA kita guna henfon tu.. adakah untuk suka-suka saja, atau sekadar nak eratkan silaturahim atau sebab nak buat bisnes online...ataupun, sebab semua sekali..haaaa


Zaman makin canggih.. Bukan setakat maklumat senang cari, PENDAPATAN pun di hujung jari!

Dulu nak meniaga kena cari tapak kedai, pasang meja, letak barang kemudian jual macam biasa.. Zaman sekarang ni dah banyak berubah.. Bukan setakat gaya hidup, cara buat duit pun dah banyak berubah juga!

Tambah-tambah lagi dengan kos sara hidup yang naik bertingkat-tingkat terus bagai tangga takde penghujung... Memang sesuai sangat nak belajar pasal bisnes online ni!


Ramai BERMINAT, tapi tak tau nak START!

Dulu saya pun macam tu.. nak tambah extra income, so trylah buat bisnes online.. Tapi sebab taktau nak mula, sampai ke sudah tak jadi apa!

Sekarang, ramai dah yang tengah usaha nak tambah pendapatan sampingan.. Jadi, saya rasa mungkin boleh kongsikan serba sedikit cara bagaimana nak mula bisnes online, tak kisah anda surirumah, pelajar penuh masa atau bekerja..


1) Pilih 1 Niche Jer

Nak bagi senang faham, niche ni macam bidang lah.. Kena tau dulu anda nak masuk bidang apa sebelum terjun ke dunia bisnes online ni..

Tips dia senang jer, buat sesuatu yang KITA SUKA & MINAT! Bila buat benda yang kita suka ni, inshaAllah mudah untuk kita nak kekal lama!

Sama juga, pilih sesuatu niche yang kita minat, suka atau ada ilmu tentang bidang tu.. Tak semestinya kena advance, janji ada keinginan nak belajar..semua benda boleh setel!

Antara niche yang sangat hot demand masa sekarang adalah kewangan, online marketing, kesihatan, kecantikan & pelaburan!

Saya bagi 1 contoh yang umum lah.. Katalah anda seorang yang pentingkan kesihatan (niche).. So anda pun pilih untuk fokus pada bidang kesihatan..

Dalam kesihatan ni, ada banyak produk yang anda boleh jual.. So, cane nak buat? Baca tips seterusnya...


2) Fokus Pada 1 Produk

Tadi dah pilih niche kesihatan kan.. So dalam kesihatan ni ada banyak produk anda boleh jual.. Tapi untuk permulaan, pilih 1 jer produk untuk anda fokus betul-betul! Buat sampai jadi!

Antara contoh produk kesihatan adalah medical kad, penapis air, ubat resdung, ubat kurus dan lain-lain..

Senang cerita, anda pilih untuk jual penapis air.. 

Tapi tak bermaksud anda kena jual penapis air jer sampai bila-bila.. Anda boleh jual SEMUA PRODUK yang anda dalam niche kesihatan tu, ada cara dia nak buat.. 

Cuma untuk permulaan, fokus pada 1 jer produk dulu.. Bagi ruang pada diri sendiri untuk belajar basic bisnes online dulu.. Okay?


3) Study Pasal Produk

Next, terus join sebagai ejen produk tersebut.. dah join tu JANGAN SENYAP jer.. Paksa diri untuk belajar tentang produk knowledge!

Nak study tu, ada trik dia.. Jangan pegi selusur sampai sejarah produk tu mula-mula dibuat pulak.. Fokus pada yang utama dulu!

Awal-awal ni nak kena belajar apa?

  • Apa KEBAIKAN produk
  • Apa KELEMAHAN produk.. Semua produk confirm ada kelemahan, jangan tipu-tipu..
  • Apa MANFAAT yang pelanggan akan dapat
  • Apa KEBURUKAN yang pelanggan terima kalau tak guna produk anda
  • Cari KEUNIKAN PRODUK anda yang takde pada produk lain..
Ni semua basic dah ni.. Cukup tau pasal ni, dah boleh mula nak buat kerja-kerja marketing..


4) Kumpul Prospek Kat 1 Tempat Dulu

Tips ni penting! Kalau tak buat step ni masa mula-mula bisnes, memang susah nak survive di kemudian hari..

Kat mana nak kumpul?

Untuk permulaan, saya cadangkan guna facebook group jer.. Senang & simple.. Lagipun, hampir semua bakal pelanggan anda kemungkinan besar ada fb sendiri (kalau anda promosi guna akaun fb)

Macam mana nak tarik mereka join FB Group anda?

First sekali, jangan guna nama fb group yang nampak MENJUAL! Santai-santai jer.. guna jer nama yang lebih pada perkongsian..

Contohnya, Jom Sihat & Kurus, TIPS Sihat & Motivasi Diri, Gaya Hidup Sihat dsb...

Kedua, buat ayat copywriting simple jer.. Takyah panjang-panjang, takyah menjual..

Contohnya,

  • Nak Tahu Rahsia KEKAL SIHAT Di Usia Senja Hanya Dengan Air Jer? Join Kat Sini Sekarang!
  • Nak Tahu TIPS Wajah Bebas Mr. J & Bersih Hanya Dengan Air Kosong? Join Group Ni Sekarang!
  • Nak RAHSIA Gaya Hidup Sihat TANPA Perlu Bersenam Setiap Hari? Hanya Guna Air Kosong Jer.. Belajar Kat Sini Cepat!

Saya nak INGATKAN sekali lagi..

Semua ayat copywriting anda perlulah MERUJUK pada keunikan atau kelebihan produk anda.. Jangan canang benda yang takde, nanti kena kecam pulak😅


5) Banyakkan Sharing, Baru Selling

Last sekali, bila prospek dah START join group anda.. TOLONG JANGAN buat pantang larang ni semua!

  • Jangan SPAM PROMOSI PROMOSI PROMOSI PROMOSI setiap hari
  • Jangan PAKSA prospek untuk beli produk anda
  • Letak posting yang takde kena mengena langsung
  • Share benda-benda yang takde faedah
  • Buat prospek muak, bosan & TAK TAHAN dengan perangai anda
  • HARDSEL HARDSELL HARDSELL setiap masa

Aduh.. Dah tu nak kena buat apa jer ni?

Buatlah kerja-kerja softselling, sharing benda bermanfaat, kongsi tips tentang penapis air, cara-cara nak servis penapis air sendiri kat rumah, kongsi cara bagaimana penapis air anda boleh bantu selesaikan masalah mereka dsb..

Biarkan prospek rasa yang anda IKHLAS nak bantu mereka.. 

Ingat, dalam bisnes kita tak jual produk! Tapi kita jual MANFAAT & SOLUTION kepada pelanggan! - Bro Is 

Buat ACTION! Jangan bertangguh lagi..

Rasanya, cukup dah dulu.. Cuma 1 jer kerja anda sekarang.. BERTINDAK!

Kalau anda sendiri masih TERCARI-CARI peluang bisnes online yang SIMPLE nak buat, share link jer pun boleh buat income RM4-5Angka setiap bulan.. Tambahan pulak, kerja sekali jer dibayar komisen berkali-kali..

Saya rekemen anda buat bisnes KerjaSimple ni..

Klik sini sekarang untuk info lanjut!>>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 Platform Online PALING SENANG Buat Duit.. Cuti, Tidur, Makan Komisen MASYUKK!!

Cara SELAMBA Untung Atas Angin Di Shopee Tanpa Produk Sendiri.. Guna Teknik SPY Jer!

Komisen RM15k Sebulan.. Rahsia STUDENT IPT Jual Tudung Online Jer Jana Income RM5Angka!!