Cara SELAMBA Untung Atas Angin Di Shopee Tanpa Produk Sendiri.. Guna Teknik SPY Jer!
Dah TAHUN 2022 ni, kalau masih tak tahu apa itu shopee.. Boleh dah ketuk ketampi sendiri..haha
Ini LUBUK DUIT kot!
Kalau dah nama pun lubuk, memang boleh buat macam-macam cara untuk generate income & buat duit extra bulanan dari shopee ni.. Banyak sangat cara...shopee affiliate, dropship, reseller, buka kedai, jual produk fizikal, jual servis, jual ebook, software, antivirus macam-macam lagilah benda boleh jual!
Tapi kali ni kita nak fokus pada 1 jer teknik jana duit kat shopee ni, yang boleh buat anda untung atas angin.. Dengan TEKNIK SPY jer!
Macam Mana? FAHAMKAN step kat bawah ni..
STEP 1: SPY PRODUK HOT
Mula-mula sekali, kena spy dulu produk apa yang anda nak jual dari dalam shopee.. Sebagai contoh, anda nak jual cross bag, sling bag atau pouch bag.. So kena buat apa?
![]() |
Anda taip je produk yang anda tengah cari tu kat shopee & terus cari BEBERAPA kedai dengan ANGKA JUALAN TERTINGGI.. Bagi saya kalau item tu dah terjual lebih 5k-10k unit dan ke atas, tu kira dah jualan tertinggi dah tu..
Dah jumpa kedai dengan jualan tertinggi? Terus buat checklist harga! Cuba bandingkan harga item tu dengan harga kat kedai berdekatan anda..
Kat kawasan saya ni, range harga untuk bag yang kedai selalu jual adalah RM19.90 - RM29.90 untuk bag yang standard/biasa & RM39.90-RM49.99 untuk kategori bag yang nampak mahal & berjenama sikit..
Sedangkan bag yang saya survey kat shopee hanya jual dalam range RM5.90-RM19.90 jer.. Berapa dah untung kat situ kan!😃
STEP 2: Buat VALIDATION
Next, kena buat validation dulu.. Kita nak test ada tak orang yang berminat dengan produk & harga yang kita nak jual..
Simple jer cara dia.. Join jer group² Facebook berkaitan penduduk, komuniti, IPT & kolej kediaman.. boleh juga join group yang lain ya.. Kemudian, tanya soalan yang super simple jer dalam group tu.. Contoh, letak gambar bag beserta ayat kat bawah..
"Gais.. nak tanya sikit.. beg ceni dgn harga rm19.90, mahal ke murah atau standard?"
Kalau ramai yg kata murah / standard, tu maksudnya lampu hijau untuk anda teruskan kerja anda..
Kadang-kadang validation ni pun kita nak buat untuk bagi bakal customer aware dengan kewujudan bisnes baru kita.. Bila mereka dah aware, senang kita nak buat promosi nanti.. Pegi next step!
STEP 3: Kumpul dalam 1 TEMPAT
Apa kena buat kalau ada yang komen kat post anda tadi? TOLONG JANGAN LIKE jer! Tu membazir namanya..
Setiap kali ada yang komen post anda, terus reply & ajak join masuk group whatsapp atau telegram anda! Contoh,
"Terima kasih sebab bagi pendapat! Saya sangat² hargainya😊! BTW, sy nak jemput cik utk join group wasap sy ni 👉 https://..... .. Ada diskaun besar-besaran sy nak kasi pada cik nanti😃...!"
Tapi nak reply komen ni pun ada caranya.. Syaratnya, kena cukupkan atleast 10 orang komen terlebih dahulu.. Barulah anda reply semua komen satu persatu..
Sebab kita nak pastikan ada engagement & ada crowd dulu, barulah lebih ramai orang nampak posting anda!
STEP 4: Bina 1 WEBSITE KHAS
Okay, ni last step dah anda kena buat sebelum nak mula jual bag tersebut.. Buat website ni takyah advance sangat pun takpe.. Yang penting semua basic info kena ada dalam tu..
Boleh je guna platform blogger kalau nak buat website yang panjang sikit.. Kalau taknak pun boleh jer guna fungsi catalog dalam WhatsApp business.. Tapi tulah, nampak macam tak professional sikit lah...
So, daripada pening kepala nak guna apa kan.. Saya rekemen anda terus jer daftar akaun kiah.store.. Platform ni memang direka khas untuk bantu peniaga whatsapp onlinekan bisnes & buat website mini commerce sendiri yang simple & padu!! Taknak cakap banyak, boleh refer terus kat sini--> kiah.store
Susun jer website anda ikut basic step kat bawah ni:
- Headline
- Subheadline
- Gambar produk
- Description produk
- Harga sebenar
- Harga promosi
- Cara pembayaran
STEP 5: Launch Jualan Pertama Anda!
Make sure dah settle semua step kat atas, barulah anda buat step yang terakhir ni!
Sekarang, mesti anda terfikir macam mana nak promote produk baru yang anda dah sediakan ni, kan?
Takpayah pening kepala lagi, sebab dah ada pembeli yang bersedia nak membeli produk anda! Dari mana? Dari step validation tadi lah.. yang kena add masuk dalam group whatsapp/ telegram tu.. Kat situlah anda akan mulakan promosi produk pertama anda!
Sebab tu penting kita kumpulkan potential customer dalam 1 tempat supaya senang kita nak tembak promosi bila-bila masa jer yang kita nak!
Cuma nak pesan,....
Takde jaminan prospek yang join group anda tadi akan kekal selamanya dalam tu.. Sebab tu PENTING untuk JAGA PERASAAN mereka.. Jangan selalu sangat buat hardsell promosi promosi promosi..
Buatlah juga aktiviti softselling, sharing ilmu bermanfaat & tips mingguan.. Nak share tips & ilmu pun kalau boleh biar tak lari jauh dari bidang anda..
Maybe boleh share cara-cara nak tau bag kulit tu asli atau tidak, apa beza beg kulit dengan beg jahitan benang dsb..
Kena tahan hati...
Nak meniaga ni memang kena tahan hati + tahan maki.. Dia punya penat nak buat satu persatu ni bukan senang oiii... Tapi orang komen macam apa lagi haha..
Sebab tu, saya selalu rekemen pada rakan-rakan yang sibuk & takde masa nak buat bisnes online...apatah lagi nak buat semua step ni dari atas sampai bawah! Tapi TETAP juga nak buat extra income..
Saya selalu rekemenkan supaya buat dropship shopee yang ada sistem automasi..kerja anda tinggal MONITOR sales & APPROVE order yang masuk.. selebihnya sistem bantu anda settlekan..
Nak buat promosi pun ada tools yang akan bantu! Sampai macam tu sekali punya senang!
Kat mana nak belajar sistem dropship auto macam tu? Boleh belajar kat sini --> AUTO-Shopee
Itu jer perkongsian hari ni..
Semoga apa yang saya share ni bermanfaat untuk anda!
Ulasan
Catat Ulasan