Inilah Tiga (3) Hak & Had Yang Perlu Diambil Tahu Dalam Pemasaran Emel !
Apabila kita bercakap mengenai pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam proses pemasaran emel yang perlu diharungi.
Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengkategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.
Pemasaran emel selalu digunakan apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes ingin mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus 'menambat' hati pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.
Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.
Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.
Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.
Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi pemasaran emel :
1. Integriti Kandungan
Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap pemasaran emel dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam strategi pemasaran itu sendiri. Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kandungan emel yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki integritinya sendiri. Ini bermaksud penghantar menyertakan maklumat mereka dengan lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar emel kepada mereka.
2. Persetujuan yang Jelas
Adalah penting bagi penghantar emel itu mengetahui bahawa pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima emel-emel dari mereka. Untuk itu adalah wajar mereka sentiasa mengemaskini list emel untuk mengetahui siapa di antara pelanggan itu yang setia dan sebaliknya.
3. Keagresifan Kandungan
Walaupun penghantar emel itu ingin menjadikan strategi pemasaran emel mereka agresif, adalah merupakan satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara tujuan mereka dan hak-hak penerima emel. Penghantar emel haruslah menggunakan baris subjek yang berkaitan dengan kandungan emel, menggunakan alamat emel yang sah dan membuat persetujuan dengan para pelanggan untuk menghantar emel-emel promosi di masa hadapan.
Pemasaran emel terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia. Bagaimanapun, para pemilik bisnes hendaklah sanggup 'berperang' dengan masalah spam dan tahu bagaimanakah cara mempengaruhi prospek membuka dan membaca emel-emel mereka, demi untuk hasil perniagaan yang lebih baik.
Dapat something daripada artikel ni ?
..............................................................................
p/s: Nak belajar lebih banyak tips bisnes online?
Ulasan
Catat Ulasan