Best Betul KEK Ni! Dari SUKA Terus Jadi Income Bulanan RM4-5Angka!
Alang-alang belajar buat kek tu, meh kita belajar buat duit melalui bakeri ni juga.
Bolehlah buat tambah-tambah sikit beli barangan dapur kan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom tengok dulu BONUS-BONUS yang sudah disediakan khas untuk anda yang betul-betul berminat dengan panduan Bisnes Bakeri ini.
Bonus #1
Ramai orang ingat bahawa tepung untuk buat kek adalah sama dengan tepung untuk kita buat kuih atau roti.
Sebenarnya abang akak, ada 7 jenis tepung yang perlu kita tahu untuk membuat bakeri yang sedap.
Bahan mentega pula ada 6 jenis semuanya dalam bakeri.
Jadi, untuk memastikan anda menggunakan tepung & bahan-bahan yang betul, saya sediakan bonus 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU !
Ini untuk membantu anda menjadi seorang yang mahir dalam bidang bakeri.
Bonus #2
Saya tahu kita semua ada masa terhad, kalau boleh kita tak nak ambil masa yang banyak untuk belajar sesuatu.
Dengan bonus 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS ini, anda dah tak perlu risau fikir pasal produk apa yang nak dijual.
Anggap sahaja ianya dah selesai ye 😉
Bonus #3
Untuk melengkapkan lagi pelajaran bisnes bakeri kita ini, saya sudah siapkan bonus ROTI OH ROTI ! untuk anda.
Dengan bonus ini, anda akan jadi seorang yang mahir tentang selok belok pembuatan roti, cara nak buat roti jadi gebu, nak buat roti warna putih brown cream semua saya tunjukkan dalam ni.
Semua info lengkap berkenaan roti saya padatkan di dalam bonus yang ringkas ini khas untuk anda semua yang serius nak belajar tentang bisnes bakeri.
Orite.
Jadi apa itu panduan Bisnes Bakeri ?
Dulu saya ni seorang yang gemar makan kek & roti. Gardenia tu jangan cakaplah berapa bungkus saya bawa balik hahaha.
Saya pun suka juga buat tempahan kek untuk raikan harijadi adik beradik & anak saya.
Tapi, dengan peningkatan kos sara hidup sekarang ni saya rasa dah tak mampu untuk menyukai kek lagi.
Saya hanya akan beli bila keperluan asas rumah sudah dipenuhi.
Lama saya berfikir, saya & kek tak boleh dipisahkan.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk join kursus & kelas membuat roti, kek & kuih-muih.
Nak tak nak saya perlu juga ikhtiar untuk bakar kek sendiri (amboii peminat tegar sungguh).
Mulanya saya belajar buat kek ni suka-suka je.
Tapi lepas dapat beberapa feedback positif daripada rakan-rakan & ahli keluarga.
Saya pun mula untuk ambil tempahan.
MashaAllah dia punya serabut masa awal-awal dulu tu jangan ceritalah.
Kadang-kadang tersalah tulis order, kadang-kadang terlepas pandang order.
Semuanya sebab saya masih tak tahu cara yang betul lagi.
Akhirnya, setelah beberapa ketika menapak dalam bisnes bakeri ini saya pun mula dapat rentak & cara gerak kerja yang betul.
Kawan-kawan surirumah saya juga ramai yang nak belajar buat kek & roti macam yang saya buat.
Sebab mereka pun nak mulakan bisnes bakeri dari rumah.
Disebabkan saya tak dapat nak luangkan masa yang banyak untuk berjumpa dengan mereka, saya pun buatlah satu panduan supaya senang untuk diorang jadikan rujukan.
Dan, selepas itu saya buka panduan ini untuk orang ramai di luar sana yang nak belajar cara & strategi saya bangunkan bisnes bakeri ini.
So, apa yang anda semua akan dapat dalam panduan bisnes bakeri saya ni ?
Semuanya ada 11 Tajuk Utama yang akan anda pelajari :
1. Pengenalan
2. Formula 2M+2P
3. Di Mana Mahu Belajar Bakeri ?
4. 4 Langkah Membuka Bisnes Bakeri
5. Senarai Peralatan & Kos
6. Cara Mengira & Menetapkan Harga Jualan
7. Teknik Promosi !
8. 5 Kesilapan Bisnes Bakeri
9. 9 Cabaran Bisnes Bakeri & Cara Mengatasinya
10. Rahsia Menjana RM2000 Sebulan
11. 10 Tips Extra Bisnes Bakeri
Dengan adanya panduan Bisnes Bakeri ini, anda dapat menjimatkan masa, tenaga & wang untuk melakukan trial & error.
Miliki panduan ini sekarang & mulakan bisnes bakeri anda !
Ulasan
Catat Ulasan