Nak GROWkan Bisnes Online Anda? Baca Tip Pemasaran Ni...
Belum ramai yang sedar & tahu tentang HEBATNYA strategi ini.
Jangankan newbie bisnes, orang yang dah lama pun ada juga yang masih tak sedar kepentingan emel marketing ni..
Antara kepentingan emel marketing ni adalah:
- Menghantar newsletter, emel follow-up
- Hantar tawaran produk atau servis kepada pelanggan
- Dapat sampaikan mesej-mesej dari founder bisnes kepada pelanggan dengan lebih cepat
- Jauh lebih berkesan dari buat panggilan telefon atau surat-menyurat
AWAS! Strategi ni boleh disalah anggap sama seperti spam!
Sebab tu, sebelum nak hantar emel kena pastikan tajuk & isi kandungan emel tu adalah sama dengan maksud yang nak disampaikan supaya takde berlaku salah faham..
Alamat emel pun main peranan juga!
Kena guna alamat emel yang sah dan membawa imej yang sihat tentang pemilik bisnes.. PALING PENTING, emel tersebut hanya dihantar pada orang yang dah kenal anda atau dah bersetuju untuk melanggan emel daripada anda.
Susahlah buat emel marketing ni.. Banyak betul pantang larang!
Mungkin anda terfikir; kalau begini susah nak buat, kenapa emel marketing ni masih dianggap strategi pemasaran yang berkesan?
Nak tau kenapa? Teruskan baca....
Pertama, emel marketing sangat cost-effective!
Bayangkan, hantar 1 emel jer anda dah boleh JIMAT BANYAK KOS TAMBAHAN!
TAK PERLU kos pencetakan, penyiaran iklan, masuk tv, masuk radio, billboard, panggilan telefon, surat menyurat dll.. Nak hantar banyak emel pun takde masalah..
Dengan emel marketing jer, anda boleh sebarkan mesej ke serata dunia tanpa sempadan dan batas geografi. Ini betul-betul jimat kos & memajukan perniagaan anda.
Strategi ni juga telah terbukti dapat meningkatkan kualiti hubungan antara founder dan pelanggan. Mereka boleh kekal berhubung walau di mana-mana dan bila-bila masa jer. Anda boleh terus hantar maklumat-maklumat terbaru tentang produk & servis yang akan datang..
Kedua, behaviour pelanggan tu sendiri!
Ada yang kata kebanyakan orang meluangkan masa untuk mengemaskini emel, membaca dan menghantar emel.
Mereka semua ni adalah targeted audience yang sangat-sangat berkualiti, lebih-lebih lagi kalau mereka ada kuasa beli yang besar..
Kebanyakan orang juga ada akaun emel masing-masing.. dan hampir setiap hari mereka akan luangkan masa untuk buat semakan emel sendiri.. Ini dah membuka satu ruang & peluang promosi yang besar kepada pemilik bisnes di luar sana..
Tapi kena ingat! Jangan buat spam & jangan masukkan emel pengguna lain secara sendiri tanpa persetujuan.. Tak pasal-pasal nanti anda kena report..
Sebab tu kalau anda serius nak berjaya dalam teknik emel marketing ni, saya suggest supaya anda pegi belajar.. Ada banyak kelas kat luar tu, inshaAllah boleh membantu..
Semoga bermanfaat! 😉
Ulasan
Catat Ulasan